013 2822780

Name

Email *

Message *

Wednesday, April 13, 2011

Kelebihan mengerjakan Umrah/Haji.

Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana telah diberi-NYA kesempatan kepada penulis untuk meneruskan agenda hidup sepertimana umat Islam yang lain pada hari ini. Cuma kita tidak senasib dengan Mesir, Libya, dan beberapa negara lain yang menghadapi krisis politik yang agak teruk, dan mungkin memberi impaks yang besar kepada negara mereka dan boleh menyebabkan negara itu mungkin menyebabkan mundur dari sudut ekonomi dan seterusnya membantutkan sistem pentadbiran dan masyarakat setempat. Dan kita semestinya sebagai umat Islam dan sealiran darah dengan mereka perlu mendoakan agar konflik yang berlaku itu dapat ditenteramkan dengan sebaik dan secepat mungkin dan kita perlu lahirkan rasa kebencian terhadap musuh-musuh Islam dalam selimut yang asyik mahukan negara-negara Islam mundur dan kita juga perlu lahirkan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t terhadap negara kita yang aman damai dan berilah sumbangan kepada mereka yang memerlukan seperti Mesir dan Libya dari sudut wang, harta dan sumbangan-sumbangan lain seperti sokongan moral dan lain-lain lagi. Dan kita perlu ingat-mengingati sesama kita dan juga bersyukur kerana dengan nikmat Allah Ta’ala yang berharga ini iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman. Marilah sama-sama kita mempergunakannya ke jalan yang diredhai Allah s.w.t, moga-moga kita diberkati hidup dalam kita menegakkan agama Allah s.w.t dimuka bumi ini.
Jadi, disini penulis ingin berkongsi sedikit kepada para pelajar, saudara/I, mahasiswa/I sekalian berkenaan tentang amalan mengerjakan Umrah/Haji di Tanah Suci Makkah Al- Mukarramah. Dalam amalan yang mulia ini penulis menasihatkan kepada semua yang membaca teks ucapan ini supaya berfikiran terbuka dan menerima segala perintah Allah s.w.t dalam Rukun Islam yang 5 itu sendiri. Dalam aktiviti seharian kita berapa banyak pahala yang kita buat, berapa banyak pula dosa-dosa yang kita telah lakukan? samada yang sengaja atau tidak disengajakan. Memang inilah diri kita yang sebenarnya yang penulis ingin menyungkilkan kepada pembaca-pembaca sekalian yang manusia kerdil seperti kita ini tidak dapat tidak untuk lari daripada dosa dan pahala. Dan untuk kita menyucikan diri kita dari dosa hendaklah kita bertaubat kepada Allah s.w.t iaitu kembali ke jalan Allah s.w.t yang benar serta meninggalkan segala perkara yang membawa dosa itu dan bermaaf-maafan sesama orang yang kita melakukan kesalahan itu tadi.
Selain itu, kesalahan-kesalahan kita dapat kita leburkan atau hapuskan dengan erti kata bertaubat. Dan taubat ada banyak cara, sepertimana kita solat sunat taubat, berzikir dan lain-lain lagi. Jadi, disini penulis ingin berkongsi bersama-sama pembaca tentang kelebihan kita menunaikan Umrah/Haji. Syarat wajib Umrah kita menunaikan Umrah/Haji ialah termasuk berkuasa atau mampu dari sudut wang dan sihat tubuh badan. Jadi, untuk kita menghitungkan pahala dan dosa sekiranya kita melakukan kesalahan adalah yang terbaik sekali ialah kita menghadirkan diri ke rumah-rumah Allah s.w.t. dan seperti kita maklum, hadir atau ziarah ke Baitullahil Haram diberi ganjaran sebanyak 10 000 pahala, Baitul Maqdis 1000 pahala, dan Masjid Nabawi 500 pahala. Dimanakah dapat anda mencari sebanyak ini pahala sebagaimana yang telah diriwayatkan hadis Nabi s.a.w? Ayuh mari sama-sama kita melaksanakan Rukun Haji yang ke-5 ini. Kerana besar ganjarannya dan banyak faedahnya kepada diri kita yang menggelarkan diri kita sebagai Islam supaya mengerjakan Umrah/Haji. Kepada sesiapa yang mempunyai wang yang lebih, atau harta yang mencukupi marilah sama-sama kita mengerjakannya tidak kira dia seorang pekerja kerajaan, swasta mahupun seorang pelajar-pelajar Universiti itu sendiri. Walaupun penulis tidak pernah menziarahi Makkah tetapi keazaman dan usaha itu ada supaya dipermudahkan oleh Allah s.w.t rezeki dari segi wang dan kelapangan masa untuk menunaikan Umrah/Haji. Hal ini adalah penting, kerana disana terdapat tempat-tempat mustajab doa yang kita idamkan selama ini, dari segi memohon permudahkan rezeki, calon isteri, panjang umur, hidup sihat wal ‘afiat sepanjang masa, dan banyak lagi doa-doa yang mustajab yang boleh diperkenankan oleh Allah s.w.t. Insya-Allah. Inilah kelebihan seseorang yang berhikmah dalam merancang perjalanan hidup mereka mengikut lunas-lunas Islam. Disana kita juga dapat menziarahi makam-makam Rasulullah s.a.w dan para sahabat dan disitulah kita dapat mengetahui betapa peri pentingnya sejarah-sejarah Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam melayari liku-liku kehidupan demi mencapai kemenangan kepada Islam.
Semoga Allah s.w.t permudahkan kepada kita supaya dapat menjejaki kaki ke Baitullahil Haram. Banyakkan berdoa dan berusahalah rakan-rakan sekalian, kerana tidak rugi untuk kita korbankan sedikit harta kita dan masa lapang kita untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Disini juga, penulis ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan semasa mengemukakan persoalan dan pandangan. Segalanya kerana penulis juga seorang manusia biasa yang ada kelemahannya. Segala kesalahan penulis bolehlah komen. Penulis sedia menerima teguran dari pembaca. Semoga Allah s.w.t merahmati dan memberkati kita sentiasa dimana jua berada dan setiap masa. Bersama-sama kita menegakkan agama yang satu ini ke arah Ahli Sunnah Wal Jama’ah(ASWJ). Labbaikallahum Malabbaik Labbaikala Syarikalakalabbaik Innal Hamda Wanni’mata Lakawal Mulk La syarikalak(3x)…

1 comment:

  1. Salam,ari ni 2 mak n pak saudaraku pegi wat umrah... 2 mggu kot dia akn kembali ke Tanah Air Malaysia smula... Doakan mereka dimakbulkan dan mendapat berkat dari-Nya

    ReplyDelete