013 2822780

Name

Email *

Message *

Tuesday, August 3, 2021

RAMAI INGIN MENJUAL RUMAH?

Pelik tapi benar. Inilah reliti pada hari ini musim yang sangat tidak menentu keadaan Covid-19 yang semakin hari semakin meningkat dan mengganas dalam komuniti di Malaysia Khasnya dan umumnya seluruh dunia. Walaupun Vaksinasi berjalan dengan jayanya melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan di tambah lagi dengan keprihatinan kerajaan dalam menanggani kes ini sebagaimana kenyataan oleh Perdana Menteri Malaysia, PM ke-8: “Strategi Kerajaan adalah untuk memastikan sebanyak yang mungkin penduduk di Malaysia menerima vaksin bagi menyelamatkan nyawa semua dalam tempoh secepat yang mungkin. Vaksin ini akan diberikan secara percuma kepada semua warganegara dan bukan warganegara Malaysia. Selepas usaha vaksinasi ini selesai, diharapkan ekonomi negara kita akan dapat kembali pulih dan kehidupan rakyat menjadi lebih baik walaupun kita masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan pandemik ini berulang.” YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia Petikan Daripada Buku Panduan “Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan” Namun, Semakin ramai pemilik rumah menjual hartanah mereka. Hal ini kerana bagi memastikan aliran tunai terus terjaga dan lancar ketika pandemik COVID-19. Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez, berkata peningkatan bekalan hartanah di Malaysia pada suku kedua 2021 besar kemungkinan disebabkan oleh pertambahan jumlah kediaman untuk dijual di pasaran sekunder. "Walaupun pengenalan moratorium pembayaran balik pinjaman bank selama enam bulan menawarkan sedikit kelegaan kepada sebahagian orang, mereka yang kekurangan wang masih membuat keputusan untuk menjual hartanah mereka. "Oleh itu, kita mungkin boleh melihat lebih banyak bekalan kediaman memasuki pasaran sekunder, kesan daripada mereka yang ingin melepaskan pelaburan hartanah bagi meringankan beban kewangan semasa," katanya dalam satu kenyataan. Menurut laporan terkini MPMI dikeluarkan PropertyGuru, keseluruhan bekalan hartanah di pasaran meningkat 34.53 peratus tahun-ke-tahun dan 11.94 peratus suku-ke-suku pada suku kedua 2021. "Kami menjangkakan penstabilan harga permintaan hartanah akan kekal pada kadar terendah ketika ini, sebelum berlaku peningkatan bertahap seiring dengan perkembangan program vaksinasi kebangsaan serta penurunan jumlah jangkitan baharu," katanya.
ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKATUH. Alhamdulillah segala puji-pujian bagi Allah swt Tuhan sekalian 'Alam yang menjadikan langit dan bumi, yang menciptakan manusia daripada tiada kepada ada, dan menjadikan siang dan malam. Selawat dan salam junjungan besar Baginda Nabi Muhammad saw dan salam kepada keluarga baginda, para sahabatnya, pengikut2nya sehinggalah hari Kiamat. Saya merafakkan kesyukuran tidak terhingga kerana masih diberi peluang oleh Allah swt untuk berkongsi serba sedikit tentang hartanah yang banyak komplikasinya dalam masyarakat. Saya selaku hamba Allah swt yang punyai banyak kelemahan dan kekurangan memohon agar kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang NYA. Sekiranya tinta ini banyak kelemahan dan kekurangan, mohon sahabat di luar sana memberi komentar yang positif dan membina supaya saya dapat fokus untuk mengedit dan sebagainya. Saya Muhammad Lutfi Bin Che Mood sebagai Negotiator IRealty Team di bawah IQI Global yang masih lagi baru diharapkan semua pelawat dapat memberikan kerjasama yang padu. Sekiranya ada sahabat dan waris anda yang ingin menjual, membeli, menyewa rumah, atau tanah yang berkaitan property boleh berhubung dengan kami terus dalam talian 013-2822780.

Tuesday, October 11, 2011

Sistem Braille sesuai untuk pendidikan OKU(buta)

Pada zaman IT dan luas teknologi sekarang ini, timbulnya suatu ilmu yang lahir di dunia Eropah yang kini semakin lenyap ditelan waktu... Salah satunya ilmu braille yang digunakan oleh orang2 buta kian lamanya sehingga kini boleh dikatakan dapat mengira dengan jari orang yang ingin mempelajarinya kerana ketidakkeyakinan oleh orang2 buta... Braille atau sistem braille ini jarang ditemui dimana2 tempat kerana oleh sebab itulah minoriti dalam penggunaan sistem ini boleh menyebabkan sistem ini terkubur bila2 waktu dan ketika sahaja...Dan kos untuk pembelajaran dan mesin Braille juga tidaklah semurah yang dijangkakan dan tidak semahal mana yang dijangkakan dan begitulah juga kos penyelenggaraan mesin2nya. Dan bermulanya sistem Braille ini sejak zaman Abu al-Qasim al-Syatibi lagi.

Abu al-Qasim al-Syatibi dilahirkan di Andalusia pada tahun 590 Hijriah/ 1193 Masihi. Beliau merupakan seorang yang tersohor dizaman itu sebagai seorang Qari dan juga seorang yang buta(Blind. Beliau merupakan seorang Qari yang pertama yang buta matanya tetapi hatinya seakan dapat melihat dengan jelas. Beliau juga menulis kitab2 yang kini menjadi sebutan ramai dan juga dikenali ramai bagi yang pernah belajar qiraat seperti kitab Hirz al-Amani(Matn al-Syatibah), Nazimat al-Zuhri(Fawasil al-Quran), 'Aqilah Atrab al-Qasa'id fi Asna al-Maqasid(Rasm al-Quran), dll. Dan juga sistem ini diteruskan lagi dengan pencapaian oleh orang2 eropah masa kini dan telah mempelopori terlebih dahulu daripada Islam akan tetapi dengan kewujudan sistem Braille ini juga memudahkan orang2 buta membaca al-Quran dan diselaraskan Keantarabangsaan dengan menamakan 'Quranic Braille'.

Pada tahun 1821, Barbier telah memperkenalkan sistem ini kepada kanak-kanak buta dan seterusnya telah menarik pandangan Louis Braille untuk mendalami dengan itu dan mendapati kelemahan manusia jari tidak dapat merangkumi seluruh simbol tanpa bergerak, dan sebagainya tidak boleh bergerak dengan cepat dari satu simbol yang lain. Pada cuti sekolah, louis braille meluangkan masanya bersama ayahnya di bengkel tentang sonography dan macam mana untuk memperbaiki lagi. Pada tahun 1827, buku pertama telah dikeluarkan tentang Braille dan pada tahun 1834 dia telah menghasilkan produk untuk menggunakan braille secara manual dan telah dibukukan dalam buku yang bertajuk "Method of writing words, music and plain songs by means of dots, for use by the blind and arranged for them". Tetapi bahan ini tidaak mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat bahkan ada yang mengharamkan penggunaan buku ini dan juga membakarnya. Hanya selepas kematian Louis pada tahun 1852 sistem ini mula menjadi hangat dan diiktiraf dan diterima oleh masyarakat tersebut.

Wednesday, April 13, 2011

Kelebihan mengerjakan Umrah/Haji.

Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana telah diberi-NYA kesempatan kepada penulis untuk meneruskan agenda hidup sepertimana umat Islam yang lain pada hari ini. Cuma kita tidak senasib dengan Mesir, Libya, dan beberapa negara lain yang menghadapi krisis politik yang agak teruk, dan mungkin memberi impaks yang besar kepada negara mereka dan boleh menyebabkan negara itu mungkin menyebabkan mundur dari sudut ekonomi dan seterusnya membantutkan sistem pentadbiran dan masyarakat setempat. Dan kita semestinya sebagai umat Islam dan sealiran darah dengan mereka perlu mendoakan agar konflik yang berlaku itu dapat ditenteramkan dengan sebaik dan secepat mungkin dan kita perlu lahirkan rasa kebencian terhadap musuh-musuh Islam dalam selimut yang asyik mahukan negara-negara Islam mundur dan kita juga perlu lahirkan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t terhadap negara kita yang aman damai dan berilah sumbangan kepada mereka yang memerlukan seperti Mesir dan Libya dari sudut wang, harta dan sumbangan-sumbangan lain seperti sokongan moral dan lain-lain lagi. Dan kita perlu ingat-mengingati sesama kita dan juga bersyukur kerana dengan nikmat Allah Ta’ala yang berharga ini iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman. Marilah sama-sama kita mempergunakannya ke jalan yang diredhai Allah s.w.t, moga-moga kita diberkati hidup dalam kita menegakkan agama Allah s.w.t dimuka bumi ini.
Jadi, disini penulis ingin berkongsi sedikit kepada para pelajar, saudara/I, mahasiswa/I sekalian berkenaan tentang amalan mengerjakan Umrah/Haji di Tanah Suci Makkah Al- Mukarramah. Dalam amalan yang mulia ini penulis menasihatkan kepada semua yang membaca teks ucapan ini supaya berfikiran terbuka dan menerima segala perintah Allah s.w.t dalam Rukun Islam yang 5 itu sendiri. Dalam aktiviti seharian kita berapa banyak pahala yang kita buat, berapa banyak pula dosa-dosa yang kita telah lakukan? samada yang sengaja atau tidak disengajakan. Memang inilah diri kita yang sebenarnya yang penulis ingin menyungkilkan kepada pembaca-pembaca sekalian yang manusia kerdil seperti kita ini tidak dapat tidak untuk lari daripada dosa dan pahala. Dan untuk kita menyucikan diri kita dari dosa hendaklah kita bertaubat kepada Allah s.w.t iaitu kembali ke jalan Allah s.w.t yang benar serta meninggalkan segala perkara yang membawa dosa itu dan bermaaf-maafan sesama orang yang kita melakukan kesalahan itu tadi.
Selain itu, kesalahan-kesalahan kita dapat kita leburkan atau hapuskan dengan erti kata bertaubat. Dan taubat ada banyak cara, sepertimana kita solat sunat taubat, berzikir dan lain-lain lagi. Jadi, disini penulis ingin berkongsi bersama-sama pembaca tentang kelebihan kita menunaikan Umrah/Haji. Syarat wajib Umrah kita menunaikan Umrah/Haji ialah termasuk berkuasa atau mampu dari sudut wang dan sihat tubuh badan. Jadi, untuk kita menghitungkan pahala dan dosa sekiranya kita melakukan kesalahan adalah yang terbaik sekali ialah kita menghadirkan diri ke rumah-rumah Allah s.w.t. dan seperti kita maklum, hadir atau ziarah ke Baitullahil Haram diberi ganjaran sebanyak 10 000 pahala, Baitul Maqdis 1000 pahala, dan Masjid Nabawi 500 pahala. Dimanakah dapat anda mencari sebanyak ini pahala sebagaimana yang telah diriwayatkan hadis Nabi s.a.w? Ayuh mari sama-sama kita melaksanakan Rukun Haji yang ke-5 ini. Kerana besar ganjarannya dan banyak faedahnya kepada diri kita yang menggelarkan diri kita sebagai Islam supaya mengerjakan Umrah/Haji. Kepada sesiapa yang mempunyai wang yang lebih, atau harta yang mencukupi marilah sama-sama kita mengerjakannya tidak kira dia seorang pekerja kerajaan, swasta mahupun seorang pelajar-pelajar Universiti itu sendiri. Walaupun penulis tidak pernah menziarahi Makkah tetapi keazaman dan usaha itu ada supaya dipermudahkan oleh Allah s.w.t rezeki dari segi wang dan kelapangan masa untuk menunaikan Umrah/Haji. Hal ini adalah penting, kerana disana terdapat tempat-tempat mustajab doa yang kita idamkan selama ini, dari segi memohon permudahkan rezeki, calon isteri, panjang umur, hidup sihat wal ‘afiat sepanjang masa, dan banyak lagi doa-doa yang mustajab yang boleh diperkenankan oleh Allah s.w.t. Insya-Allah. Inilah kelebihan seseorang yang berhikmah dalam merancang perjalanan hidup mereka mengikut lunas-lunas Islam. Disana kita juga dapat menziarahi makam-makam Rasulullah s.a.w dan para sahabat dan disitulah kita dapat mengetahui betapa peri pentingnya sejarah-sejarah Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam melayari liku-liku kehidupan demi mencapai kemenangan kepada Islam.
Semoga Allah s.w.t permudahkan kepada kita supaya dapat menjejaki kaki ke Baitullahil Haram. Banyakkan berdoa dan berusahalah rakan-rakan sekalian, kerana tidak rugi untuk kita korbankan sedikit harta kita dan masa lapang kita untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Disini juga, penulis ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan semasa mengemukakan persoalan dan pandangan. Segalanya kerana penulis juga seorang manusia biasa yang ada kelemahannya. Segala kesalahan penulis bolehlah komen. Penulis sedia menerima teguran dari pembaca. Semoga Allah s.w.t merahmati dan memberkati kita sentiasa dimana jua berada dan setiap masa. Bersama-sama kita menegakkan agama yang satu ini ke arah Ahli Sunnah Wal Jama’ah(ASWJ). Labbaikallahum Malabbaik Labbaikala Syarikalakalabbaik Innal Hamda Wanni’mata Lakawal Mulk La syarikalak(3x)…