013 2822780

Name

Email *

Message *

Tuesday, October 11, 2011

Sistem Braille sesuai untuk pendidikan OKU(buta)

Pada zaman IT dan luas teknologi sekarang ini, timbulnya suatu ilmu yang lahir di dunia Eropah yang kini semakin lenyap ditelan waktu... Salah satunya ilmu braille yang digunakan oleh orang2 buta kian lamanya sehingga kini boleh dikatakan dapat mengira dengan jari orang yang ingin mempelajarinya kerana ketidakkeyakinan oleh orang2 buta... Braille atau sistem braille ini jarang ditemui dimana2 tempat kerana oleh sebab itulah minoriti dalam penggunaan sistem ini boleh menyebabkan sistem ini terkubur bila2 waktu dan ketika sahaja...Dan kos untuk pembelajaran dan mesin Braille juga tidaklah semurah yang dijangkakan dan tidak semahal mana yang dijangkakan dan begitulah juga kos penyelenggaraan mesin2nya. Dan bermulanya sistem Braille ini sejak zaman Abu al-Qasim al-Syatibi lagi.

Abu al-Qasim al-Syatibi dilahirkan di Andalusia pada tahun 590 Hijriah/ 1193 Masihi. Beliau merupakan seorang yang tersohor dizaman itu sebagai seorang Qari dan juga seorang yang buta(Blind. Beliau merupakan seorang Qari yang pertama yang buta matanya tetapi hatinya seakan dapat melihat dengan jelas. Beliau juga menulis kitab2 yang kini menjadi sebutan ramai dan juga dikenali ramai bagi yang pernah belajar qiraat seperti kitab Hirz al-Amani(Matn al-Syatibah), Nazimat al-Zuhri(Fawasil al-Quran), 'Aqilah Atrab al-Qasa'id fi Asna al-Maqasid(Rasm al-Quran), dll. Dan juga sistem ini diteruskan lagi dengan pencapaian oleh orang2 eropah masa kini dan telah mempelopori terlebih dahulu daripada Islam akan tetapi dengan kewujudan sistem Braille ini juga memudahkan orang2 buta membaca al-Quran dan diselaraskan Keantarabangsaan dengan menamakan 'Quranic Braille'.

Pada tahun 1821, Barbier telah memperkenalkan sistem ini kepada kanak-kanak buta dan seterusnya telah menarik pandangan Louis Braille untuk mendalami dengan itu dan mendapati kelemahan manusia jari tidak dapat merangkumi seluruh simbol tanpa bergerak, dan sebagainya tidak boleh bergerak dengan cepat dari satu simbol yang lain. Pada cuti sekolah, louis braille meluangkan masanya bersama ayahnya di bengkel tentang sonography dan macam mana untuk memperbaiki lagi. Pada tahun 1827, buku pertama telah dikeluarkan tentang Braille dan pada tahun 1834 dia telah menghasilkan produk untuk menggunakan braille secara manual dan telah dibukukan dalam buku yang bertajuk "Method of writing words, music and plain songs by means of dots, for use by the blind and arranged for them". Tetapi bahan ini tidaak mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat bahkan ada yang mengharamkan penggunaan buku ini dan juga membakarnya. Hanya selepas kematian Louis pada tahun 1852 sistem ini mula menjadi hangat dan diiktiraf dan diterima oleh masyarakat tersebut.

No comments:

Post a Comment