013 2822780

Name

Email *

Message *

Tuesday, August 3, 2021

RAMAI INGIN MENJUAL RUMAH?

Pelik tapi benar. Inilah reliti pada hari ini musim yang sangat tidak menentu keadaan Covid-19 yang semakin hari semakin meningkat dan mengganas dalam komuniti di Malaysia Khasnya dan umumnya seluruh dunia. Walaupun Vaksinasi berjalan dengan jayanya melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan di tambah lagi dengan keprihatinan kerajaan dalam menanggani kes ini sebagaimana kenyataan oleh Perdana Menteri Malaysia, PM ke-8: “Strategi Kerajaan adalah untuk memastikan sebanyak yang mungkin penduduk di Malaysia menerima vaksin bagi menyelamatkan nyawa semua dalam tempoh secepat yang mungkin. Vaksin ini akan diberikan secara percuma kepada semua warganegara dan bukan warganegara Malaysia. Selepas usaha vaksinasi ini selesai, diharapkan ekonomi negara kita akan dapat kembali pulih dan kehidupan rakyat menjadi lebih baik walaupun kita masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan pandemik ini berulang.” YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia Petikan Daripada Buku Panduan “Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan” Namun, Semakin ramai pemilik rumah menjual hartanah mereka. Hal ini kerana bagi memastikan aliran tunai terus terjaga dan lancar ketika pandemik COVID-19. Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez, berkata peningkatan bekalan hartanah di Malaysia pada suku kedua 2021 besar kemungkinan disebabkan oleh pertambahan jumlah kediaman untuk dijual di pasaran sekunder. "Walaupun pengenalan moratorium pembayaran balik pinjaman bank selama enam bulan menawarkan sedikit kelegaan kepada sebahagian orang, mereka yang kekurangan wang masih membuat keputusan untuk menjual hartanah mereka. "Oleh itu, kita mungkin boleh melihat lebih banyak bekalan kediaman memasuki pasaran sekunder, kesan daripada mereka yang ingin melepaskan pelaburan hartanah bagi meringankan beban kewangan semasa," katanya dalam satu kenyataan. Menurut laporan terkini MPMI dikeluarkan PropertyGuru, keseluruhan bekalan hartanah di pasaran meningkat 34.53 peratus tahun-ke-tahun dan 11.94 peratus suku-ke-suku pada suku kedua 2021. "Kami menjangkakan penstabilan harga permintaan hartanah akan kekal pada kadar terendah ketika ini, sebelum berlaku peningkatan bertahap seiring dengan perkembangan program vaksinasi kebangsaan serta penurunan jumlah jangkitan baharu," katanya.

No comments:

Post a Comment